BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 17, 2010

Sakit hati, iri hati, makan hati, patah hati, cair hati

Heyyaaahooo bloggers *gahhh... cam cowboy je* kali ni, I wanna share story *ini cerita rekaan tuan empunya blog, jadi, sila jangan percaya, nak percaya pun boleh* Tema kali ini adalah _ _ _  _ _  dan HATI. Jadi, the first story adalah mengenai:-

SAKIT HATI -------> (Ahmad - 6 tahun, Datuk- 70 tahun)

Ahmad: Datuk, kenapa datuk asyik batuk-batuk je? Datuk tertelan habuk ke? Ibu kata kalau tercekik, kena minum air.


Datuk: Datuk kan dah tua. Tengoklah kulit dah berkedut, suara pun dah macam orang sakit tekak tak minum setahun.


Ahmad: Takpe, Ahmad tolong ironkan kulit datuk biar jadi smooth semula, okay?


Datuk: Eh... eh!! Jangan! Haishh... budak ni.


Ahmad: Ahmad nak tolong je. Yelah, tengok datuk ni. Dahlah bongkok tiga, kulit berkedut, jari pun dah membengkok.. hishh... kalau nenek kebayan tengok pun dia tak suka.


Datuk: Datuk tahu datuk tak sama macam dulu.


Ahmad: Tulah Ahmad nak tolong, datuk tak mahu. Ish, apalah!


Datuk: (Terdiam kerana sakit hati dengan cucunya)




PENGAJARAN: Pernahkah kita menjaga hati mereka?
 

IRI HATI -------> ( ANA- 15 TAHUN, ANI- 15 TAHUN)

Ana: Wei, aku peliklah... kau kata BF kau tu bukan anak orang kaya tapi time birthday kau je, dia beli macam-macam? Aku pelik betul lah.

Ani: Dia kerja kat Secret Recipe lepas balik sekolah. Dia sanggup berpenatan untuk aku tau... inilah dia buktinya, dekat seguni hadiah aku dapat.

Ana: Bertuah kau, Ani.

Ani: Alhamdulilah... lain kali, jangan memilih BF sangat.

_____________________

Di One Utama...
 
Ani: Happy Birthday, Ana!!! Ini hadiah kau.

Ana: Thanks.

Ani: Your welcome Eh, banyaknya hadiah kau! Dua guni. Amboi, santa claus sungguh BF kau kan?

Ana: Biasalah... Dia sayang kat aku...

Sales girl: Err... miss. You punya visa card kena reject. I baru nak cari you tadi, jumpa jugak... Semuanya RM 578.90

Ani: Hmmm.... kau beli apa Ana? Banyak gilerr.

Ana: Aku... err... tadi...

Ani: Jadi hadiah dua guni ni kau beli untuk diri sendiri?

Ana: Macam tulah nampaknya.

Ani: Hahahahaha.... lawaklah kau ni. Suka buat orang sakit perut.


PENGAJARAN: JANGAN BERBOHONG HANYA KERANA IRI HATI YANG TAK HABIS-HABIS.


Baiklah, bersambung lagi di Part yang ke 2. Itu sahaja kali ini, ambil iktibar sebagai perubahan diri. Byheeeee!!!!

0 comments: