Satu fakta yang tak mungkin aku lupakan adalah tentang memori yang terwujud dari perkara silam. Setiap manusia tidak akan dapat lupakan apa yang terjadi dalam hidup dia kecuali dia nyanyuk, tertelan semut dengan jumlah yang banyak atau hilang ingatan. Dan memori yang manis sentiasa akan membuat seseorang ceria dan tersenyum semula. Tapi kalau yang pahit? Akan sentiasa menghantui fikiran seolah-olah mencuba untuk membuat kita berasa pelbagai ilusi perasaan berbentuk kebenciaan dan kemarahan.
Itulah yang terjadi dalam kehidupan aku sekarang. Semuanya seolah-olah seperti flashback. Bila dah flashback, mestilah ada satu suara yang secara sukarela menjadi narrator dalam fikiran. Dan kadangkala timbul rasa menyesal maka keluarklah pertanyaan yang sebegini:-
* Kan bagus kalau aku dengar cakap kawan-kawan masa tu....
* Kenapalah aku buat benda bodoh tu?
* Buat apa dengar cakap dia?
* Apsal bangang sangat idea tu?
* Aku 'bijak' jugak kan masa tu?
Memori rasanya bukanlah satu perkara yang tersangat baik, kadang-kadang boleh membuatkan orang yang mengalaminya gila sebab ada flashback (seperti yang disebutkan tadi) dan narrator misteri. Jadi, aku tengah cuba menangani masalah (besar? boleh tahanlah)
ini. Yang banyak terjadi dalam kasus kes hidup bermasalah aku adalah memori pahit, flashback dan narrator yang tak dibayar upah tu. Jadi, the only way to avert this matter is with using my own way (i'm not sure what it is... but i think it'll work). So, solve the 'memory problem' smartly... yeah, that's the key.
Thursday, October 14, 2010
Memory
Posted by Diari & Konklusi at Thursday, October 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment