Helo Bloggers! Como estan todos???? Hehehehe..... tak faham ek? Maksudnya 'apa khabar semua' dalam bahasa Spanish. Nak tahu tak? Saya dapat rasakan macam ada satu semangat dalam memperjuangkan kemerdekaan negara malam ini (dah merdeka pun). Entahlah kenapa... (garu kepala) tapi yang pastinya saya begitu menghargai negara. Terima kasih kepada Puan Rumaizah kerana memberitahu tentang pandangan negara lain terhadap Malaysia (Dah boleh lupa...) . Saya berasa sedih sangat selepas mendapat tahu tentang pemikiran mereka. Sampai hati.... Jadi, sudah tentu lah saya tak berpuas hati. (Apa ni? Ini tanah Melayu.... errmmm.... Malaysia bukan tanah Cina. Haisyooo!!!). Dari kata-kata tadi tu, anda dah dapat tahu kan, apa pandangan negara lain terhadap negara? Dokumentari pun tak banyak memaparkan orang-orang Melayu yang mati terkorban dalam menuntut kemerdekaan. Ini yang tak puas hati ni! Dah tu, mereka terkorban sia-sia je. Memang yang buat dokumentari tu bukan rakyat negara kita. Mereka tak faham. Mereka cuma nak dapat kemasyuran selepas pertontonkan semua tu JE. Apa erti penat lelah Tunku Abdul Rahman, Onn Jaafar, Dr. Ismail, Leftenan Adnan, polis-polis Bukit Kepong dan pahlawan lagenda, Tok Janggut? Sudahlah sekarang ni anak-anak Melayu susah nak menghargai kemerdekaan. Memanglah saya pun Melayu tetapi maksud saya budak-budak yang takde kerja berfaedah nak buat tu. Faham-faham ajelah.... merempit, bawak awek sana sini, main judi, minum arak, ponteng dan merokok tulah! Siapa lagi? Mereka belum rasa darah mengalir sebab tertusuk pedang yang dihunus oleh penjajah, mana mereka tahu apa rasanya kan? (Kan dah start bersyarah.) Kalau nenek moyang dulu tengok budak-budak macam ni, mesti mereka sedih. Tapi budak-budak tu senang wenangnya cakap, "Alah.... dah mampus dah. Apa kisah?" Ini ke anak Malaysia? Tolonglah.... Lepastu, yang tak puas hatinya. mereka campur adukkan bahasa pasar, bahasa lucah sekali dengan Bahasa Malaysia (saya hormat Bahasa Malaysia.... Tabik!!!) Nampak sangat tak hormat pada negara. Pastu dengan spontanya mencarut depan orang. Cuba bayangkan kalau kata yang dicarut tu 'patah balik' pada diri sendiri. Rasa-rasanya elok ke didengar? Alah.... saya tahu kalau saya tegur ni, bukannya ada yang nak berubah. Masih sama jugak. Saya tak kata yang saya warganegara yang baik. Kadangkala, saya buang sampah kat tepi jalan raya jugak tapi sekurang-kurangnya saya hormat kepada rukun negara dan lagu Negaraku. Kalau nak tahu, kita dah tak ada apa sangat dah sekarang, sebab semua kejuaraan dirangkul oleh bangsa lain. Sedangkan anak muda Melayu sekarang? Di mana tempat mereka? Fikirkanlah sendiri. Kalau kita tak berusaha nak menjadi pemimpin dari sekarang. Besok anak cucu kita macam mana? Entah-entah peristiwa lama berulang kembali? Ha, barulah nak takut kan? Lain kali, kalau bukak Google, cari sejarah kemerdekaan negara ataupun Perjuangan Tokoh-Tokoh Negara (Pernah try).
Ok, sampai di situ sahaja. Fikirkanlah sendiri kat mana kita nak letak muka masing-masing kalau bangsa dah 'hancur'. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah nenek moyang kita yang berani.
Monday, August 30, 2010
The Independence of State Malaya (Edisi Bahasa Melayu)
Posted by Diari & Konklusi at Monday, August 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment