BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 2, 2010

Surat cinta dari orang yang tak dikenali

Ilia melangkah masuk ke dalam kelasnya selepas makan sepuas-puasnnya di kantin sekolah yang besar seperti dewan Hogwarts (sekolah Harry Potter). Dia mendapati ada sepucuk surat bewarna pink (girly) untuknya di bawah meja.

Ilia: Sapa yang hantar untuk aku nih??? Aku ni cantik sangat ke sampai ada peminat? (katanya sambil meraba-raba wajahnya yang mempunyai iras-iras wajah Permaisuri Cleopatra I- kalau korang tak kenal, balik tengok saluran History kat TV)

Hai Ilya,
Mungkin kau tak kenal aku, tapi aku kenal kau gila-gila. Aku nk cakap kt sini, yg..... aku suka kat kau. Aku dah lama perhatikan kau tapi kau buat 'derk' je walaupun kau nmpk aku. Aku kecik hati sebenarnya. Kalau Kapten Rumah Hijau tu babai, kau nmpk pulak ek? Aku babai depan2 pun kau tak nmpk. Aku tau aku tak sehensem Lucas Grabeel atau Justin Bieber yang kau minat giler tu. Tapi aku ada hati, ada perasaan. Bukan aku nak marah atau bising-bising, cuma aku nak kau faham perasaan aku. Tu je.... tapi aku tgk skang, kau makin rapat dgn Kapten Rumah Hijau a.k.a Prince Charming tu kenapa? Kau ada apa-apa ke dgn dia? Kalau ada, aku bunuh budak atlet lompat tinggi tu skang jugak!!! Aku yang atlet boling ni haram utk kau pandang, kan? Harituh, aku dpt 8A exam, aku naik pentas amik anugerah, sikit pun kau tak pandang, jeling pun tidak, yang kau fokus cuma dekat Prince Charming yang hanya dapat 7A JE! Aku ni sengih macam nak mati, berlagak jadi Robert Pattinson atas tu, sikit pun kau tak heran, yang asyik memandang aku, cuma acik yang jaga kantin tu je. Tak cukup dengan tu, masa koko, kau dok kt surau nk solat. Aku nmpk kau solat, aku kata baiknya kau. Kalau aku dpt, aku takkan sia-siakan hidup kau sekalipun. Pastu aku ingt lps aku solat aku nk bertrus terang yang aku ske kt kau, tapi bila aku pusing je kau dh cabut ke mana ntah. Sekali tgk, kau g ronda blok ngan Kapten Rumah Hijau tu. Aku tahulah korang pgwas.Mntang2 aku jaga tangga kali ni, takleh lah ronda ngan kau. Dia tu pun jaga tangga takpe plak. Kau senyum mcm Cinderella kat dia, kat aku kau sengih sikit pun tak. Muka kau masam je bila nmpk aku. Masa cikgu blum masuk, aku perhatikan kau dari koridor klas aku. Bagi aku kau mcm kanak-kanak Ribena. Walau bagaimanapun, aku ttp ske kau. Kau gelak-gelak ngan kawan kau. Indahnya time tu. Bahagia aku dpt tgk kau. Tapi yg aku hangin bila time aku tgk tu, Kapten Rumah Hijau tu pun tgk sekali dari klas dia yg terletak selang dua buah dari klas kau. Tapi yang tak acinya, dia bleh tgk dari dkat. Sedangkan aku tgk dari jauh. Bila kau jumpa dia, kau kata hye, jumpa aku, kau pndg tmpt lain, utk carik dia. Kat kantin, aku asyik tgk kau makan je smpai mee goreng dpn aku dh jadi tmpt tinggal lalat. Tiba-tiba Kapten Rumah Hijau tu lalu, trus kau biar nasi goreng kau camtu je. Bengang giler aku masa tu. Masa balik plak, aku nmpk kau jatuh dpn org ramai, semua gelak. Aku pun dgn bangganya nk tolong kau bangun. Aku kata peganglah tangan aku, kau diam je sambil tgk aku. Semua orang ejek-ejek aku waktu tu. Kononnya, aku ni mcm salah satu  org kerdil dlm citer Snow White yg nk kawan ngan Cinderella.  Tetiba je Kapten Rumah Hijau tu dtg pastu tolak aku, kononnya nak tolong kau. Kau ok je, trus pegang tgn dia pastu tersengih-sengih. Pastu semua orang tepuk. Ada yg kata, korang ni mcm pasangan sejoli. Aku ni pulak mcm makhluk hodoh yang menyemak tepi tu. Kau bayangkanlah perasaan aku, Ilya. Apapun, minggu depan aku dah nak pergi. So, bye. Biarlah cinta aku pada kau terkubur macam tu je.

- Darapida: Kapten Rumah Kuning-

"Kapten Rumah Kuning? Yg mana ek?"
"Oh.... yang tu. Ya Allah, apa yang aku buat ni?"
Ilia melihat tarikh di surat berkenaan : 16/5/2010
Ilia melihat pula tarik di kalendar kelasnya: 23/5/2010
Dia mungkin terlewat. Ilya segera berlari ke kelas Kapten Rumah Kuning tanpa mempedulikan Cikgu Sejarah yang memakai cermin mata gaya zaman 1950 yang lagi lima saat akan melangkah masuk ke kelasnya. Sampai sahaja di klas tersebut, semua orang berkata bahawa Kapten Rumah Kuning sudah pergi. Ilya turun ke tingkat bawah. Dia menuju ke luar sekolah menerusi pagar besar memandangkan mak guard yang jaga di situ sedang dibuai mimpi di siang-siang buta. Ilya berusaha mengejar kereta yang dipandu oleh ibu Kapten Rumah Kuning tetapi gagal, dia bukanlah atlet pecut 400 m. Dia cuma atlet lompat jauh. Tetapi mana mungkin dia dapat melompat sejauh 200 m?
Dia bertanya kepada murid-murid di klas Kapten Rumah Kuning, "Korang ada email ngan no phone dia?"

"Dia dah tukar nombor ngan email. Dia kata dia tak nak bagi kat kteorg yang baru punya. Tak tahulah kenapa."

Ilya pun kembali ke kelasnya. Dalam perjalanan balik ke kelas, dia ternampak Kapten Rumah Kuning sedang membetulkan rambut seorang budak perempuan. Budak perempuan itu memakai badge besar menunjukkan: -Saya gf Kapten Rumah Hijau- Ilya berasa sungguh menyesal kerana buat derk dengan Kapten Rumah Kuning selama ini. Padahal Kapten Rumah Kuning itu tiada cacat cela pun. Ilia terpandang Kapten Rumah Hijau yang sedang mencatit nombor telefon gf nya di buku. Dia menulis menggunakan tangan kiri. Apabila, gfnya hendak memegang tangan kanannya, dia menjerit kecil. Rupa-rupanya, tangan kanannya mengalami masalah saraf. Ilya mengurut-urut dahinya.

"Menyesalnya aku...."

  Yg first, Ilia. Second, Kapten Rumah Hijau. Yang bawah sekali, Kapten Rumah Kuning.

0 comments: