BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 20, 2011

Choral Speaking Practice

Heh! Hye! Blog ni dah start bersawang since I leave 'her' (blow the dusts). So... why I leave this blog? I forgot password??? Give me a break! Nice try... yeah, it's true. I forgot my password. What's up with me now? Okay, aku masuk pertandingan choral speaking. Firstly, I was in Mai's group. Syaratnya harus datang practice everyday. But... one day, aku kena jumpa Ana Raffali with my sisters. So, I had to quit. But, my gang, OOPDES won't go on without me. Then all of us quit. Built our own team. Cari ahli, cari ahli and there, 16 persons and 5 backups. The title of our choral speaking was, 'Witch Five'. u KNOW WHAT??? I thought pertandingan tu 23 Mac, but actually lebih awal satu minggu. Imagine, built hari Selasa and gonna present it on Friday. But... masa hari pertandingan my team... lose (tak cukup latihan). Dapat kat 1 Einstein. Anyway, I'm really appreciate their sacrifice for our team. Nice job, you guys! I won, 'The Best Conductress'. Heh, I never thought of that because it was my first time. And... aku ingat takde pun title the best conductress tu. So, I made to final with Mia, Aina and Lisha with other people. And... untuk wakil sekolah, again! Aku jadi conducter. Hari Khamis and Jumaat haritu dah practise. Sooooo... esok Isnin, dari pukul 9 pagi sampai 5 petang. Oh God, stressful! Macam mana keadaan aku nanti? Mesti lembik sebab penat. Not only me, but everybody else. For yang energetics tu, you guys are lucky... I've already practice how to conduct but don't know my luck tomorrow.

~ RIDDLE ~

Friday, January 14, 2011

2 Helium

Okay, hye everybody! Back to post after a long time I shut this blogger. Baiklah, nak cakap apa? I got 2 Helium!!! So? Kelas begitu ramai yang arif lagi hakim. Jadi, perlu berusaha keras untuk mengekalkan kedudukan atas. Bagi aku, kesalahan lebih bermakna dari membuat perkara yang betul kerana kita akan ingat kesalahan itu sampai hujung nyawa. Hari ini aku tak dapat menghadiri Meeting Pengawas sebab sibuk hias kelas, jenguk kat tingkap, van dah sampai. So, bye bye!!! Terus balik... penat betul sebab sudah berbakti. Tapi itu yang buat aku rasa puas dan gembira. Apapun, scrapbook BI belum siap. Still searching for the idea...

Tuesday, December 14, 2010

Cameron Highland

Hye... it's holiday. I know =p Tak post lama sebab modem rosak. Okay, this is about my vacation. Duka dalam gembira. So, we went to Cameron Highland. Wait! Balik kampung dulu then baru pergi. Tapi ada satu kronologi yang memang crazeyyy untuk diceritakan. Like this, kereta maksu meragam sehabis dari kenduri my grandma's youngest sister. Patutnya tak pergi but my sis sampai nangis teresak-esak nak pergi. Kalau dah konvoi takkan nak pergi satu kereta je? So, pergi dua buah kereta keesokan harinya. Sepanjang jalan, all people sibuk cari rumah orang asli. There a lot of them. But I was thinking about how to take my exam slip. Then stopped at Green View Garden, makan strawberries. All of them 99% strawberries. Memang puas! So, jalan lagi then pergi kedai, shopping sehabis daya. Not bad... banyak juga barang. My family are all shopaholic. Tengok panaroma yang indah. Cuci mata tengok ladang teh. I was really shocked to see the tea farms. There were hundreds of them. Then, we were going home sebab dah petang, tak baik bertolak malam. Maksu as an expert driver suddenly migraine. Takde pilihan lain selain menjadikan grandpa as the driver. Me? Of course not. But beliau dah lama tak drive. Don't know what would gonna be. Then dengan confident nya masuk ke tempat pemandu. Belum apa-apa semua orang dah kecut perut. Atok betulkan seat je everybody was like 'WHAT?' Imagine, an old man, aged 71 drove a car! Dah tu, ada lima penumpang. My mom followed dari belakang. Dahlah cerun bukit. Jalan bengkang bengkok macam ular kena palu. I swear if grandpa could, I would salute him every single day. TABIK TUAN! So, that car started to move. Rupa-rupanya cara panduan yang sangat pro!!! Lepas ni habis kena tabik tiap-tiap hari. Memang hebatlah tapi selepas 20 minutes drive, grandpa stopped sebab maksu yang kecut perut tengok beliau memandu sah baik dari migraine. Then semuanya dah nak berangkat pulang. Well, kereta maksu yang yang paling hadapan. Wohhooo!!! Tapi terlalu laju. Then we noticed something, ada kereta rosak atas bukit. Let it be. We need to get home. Then kereta maksu hilang dari pandangan bila dah sampai bawah. I was like 'god???' so kereta sapa tadi? Tiba-tiba we got a call from unknown woman.

The woman: anak-anak adik awak ada dengan saya.

My mom: Huh?! Betul ke?

The woman: Ya, kereta dia rosak.

My mom: Kat mana?

The woman: Di kaki bukit. Jalan turun dari dari Berinchang. Jauh sangat. Dekat atas sana.

My mom: Ya Allah! Kami lalu tadi tak nampak dia pun.

The woman: Tapi sekarang dia mintak tolong sangat-sangat. Kesian, dalam gelap. Dia dan seorang pakcik sedang tunggu. Saya nak hantar di mana?

My mom: Kami tunggu di Masjid Al-Mukmin. Terima kasih banyak-banyak. Kalau cik takde, saya tak tahu lah macam mana mereka tu.

The woman: Sama-sama. Tunggu ya.

Then we were like waiting for mom to tell what was actually happened. Bila dah diberitahu, kami seakan panik. Persoalannya, apa yang akan terjadi kepada sepupu-sepupu kami? Baik kah orang yang menolong itu? Bibik pula di mana? Boleh ke grandpa dan maksu menunggu dalam gelap di tepi hutan? Kami tunggu di hadapan masjid. Then, orang tu sampai and serahkan my cousins. All safe. Selepas, mengucapkan terima kasih yang tak terhingga, we off to police station. Duduk dalam balai polis. I felt like an innocent criminal. Bayangkan, my cousin yang paling kecil, menangis berebut nak duduk atas riba nenek dengan my sis. Yang second menangis ingat mommy dia. Yang eldest bising bersembang dengan Biela. Then selepas sejam tunggu, semua lapar. Me and my maid lintas jalan pergi KFC beli apa yang ada. Balik, mereka makan dengan berselera sekali. Siap jilat jari. Sah korang lapar! Suddenly, ada seorang polis yang baik hati ni bagi we all tinggal di surau hadapan bilik maklumat. Dua bilik ni bercantum so, dia mintak makan jangan bagi tumpah. Mama pulak ajak polis, mechanic pergi tolong maksu. Masuk je bilik tu, we all nampak bilik mesyuarat polis! Amazing... well, police supposed to give folks the safest protection. Tunggu punya tunggu sampai tertidur. Okay, aku tidur kejap je. Tak lama. Tunggu lagi, then ada seorang polis perempuan berpangkat sarjan ni jenguk bilik. She smiled and I heard she told her assistant, " Aduh, nasib baik bos tak nampak. Kalau tak habislah kita." I was like 'okay, police should give protection' Tunggu lagi, baru sampai. My mom bawak foods. Makan lagi. Then maksu masuk dengan muka yang pucat lesi. She told everything, I was amazed. Bayangkan tunggu di tempat gelap selama 5 hours, anak pulak diserahkan pada orang yang tak dikenali. Nak buat macam mana? That's the only way to make sure her children safe. Then said thanks to police especially the kind heart police. Then maksu called her husband to fetch them. Their children balik dengan kami sebab semuanya kecil-kecil lagi. Kesian... So, bertolak pukul 2. Berhenti di R&R untuk tidur sebentar. Semuanya berpangku. Tiada pilihan. Grandma pangku my youngest cousin, Nurin. Mama riba Alana. Bibik riba Aina. Me riba yang second, Haziq Al Qarni. Akhirnya... selamat jugak sampai. Pengalaman yang sangat best. First time dapat tengok cara police bekerja dan tengok tempat mereka.

Sunday, November 28, 2010

Watch movie!

Well, hey everybody! Today, at last after a few weeks, I didn't write any post in this blog because my laptop had critical hazard problem in connecting with wireless damn! Okay, by the way, I want to share about HARRY POTTER AND THE DEATHLEY HALLOWS. Well, no pictures to share because I didn't bring telephone or camera that time, forgot! :p So, nak buy tickets, then tengok seats dekat nak full, ada lagi 9 je yang kosong, so... ambik jelah yang ada. Third row dari depan. Seriously, nampak. I thought nanti cerita tu akan nampak terapung dari skrin dia. Phew! Not actually. Before cerita itu start, daddy suggest to write in fb status like this one, exactly the same, " Harry Potter was great but sleep would be better." Well, I just shook my head and say 'alright' but I didn't because I love it. Don't know how about my dad because he first introduced this film when I was a small kid. Okay, back back! The saddest part when Professor Charity Burbage was killed by You-Know-Who. Just because she taught Muggles Studies and gave good opinions about Muggles. Well, I admit that not all Muggles in this world should called as Muggles :p And that time I confused wait, "Snape, you're a traitor. You have promised something with Dumbledore!" Well, Snape... tak tahulah apa kesudahan kau ni. Then Fleur and Bill married. Hey, mentang-mentang Battle War dah start semua nak segerakan. But the most unexpected when Hermione brought everything in her bag. Small but good enough to put a tent, clothes, bed and many more inside it. And I want to congratulate Hagrid because the way he controlled Sirius's motorcycle was fantastic! xD Best sangat except for one part yang kids ditutup matanya oleh parents and me too but with my own hands laaa... "Dad, borrow your hand, can I?" IDIOT QUESTION XD But seriuosly tak sabar nak tunggu the second part which they'll show Harry's children.

But good job to Dobby because dia berjaya took wand from Narcissa but 'thanks' to Evil Bellatrix because killed Dobby DAMN! It's okay Dobby, sacrification. But, not only that, Bellatrix carved 'MUDBLOOD' on Hermione's hand just to know how the got Godric Gryffindoor's sword. Stupid, of course it comes itself. Okaylah, aku nak praise kepada semua actors yang menjayakan HP kali ini. Memang fantastic! Okay, meet in the other post. Byeee!

Sunday, November 7, 2010

Nova Nova November!!

Hai hoo... jigglety eh assalamualaikum... apa khabar warga bloggers sekalian. Hmm... sesungguhnya baru hari ini aku meregangkan jari sikit (sikit je) untuk menaip post terbaru setelah beberapa hari tangan krem. Soososososos? Aku mengambil peluang untuk mengucapkan happy birthday kepada sesiapa yang bakal meniupkan lilin ke 13 pada hari ini (jaga jaga muka bila tiup lilin tau). Setiap bulan pasti ada peristiwa yang tak boleh korang lupakan misalnya dipukul sebab meminjam barang tak pulang ke, tak khatam-khatam walaupun dah tiga tahun mengaji ke, mesti ada sesuatu. Pada bulan November yang bagus (bagus ke?) ni, aku teringat suatu pengalaman di mana aku menghadiahkan cake hari jadi kawan aku. Budaknya montel dan cute sangat. Umur masa tu tujuh tahun. Aku bawaklah cheese cake... sedap tau. Aku tunggu kat kantin lah macam biasa. Dok sorang-sorang je. Bila nampak dia terkedek-kedek nak sampai kantin, aku dah prepare siap-siap dah atas riba, tiba-tiba kek tu terjatuh atas baju kurung dahlah ada krim blueberry. Mana tak kalut? Bila dia sampai, dia terus ajak pergi tandas. Dah tak jadi insiden share cheese cake sebab cheese kek tu dah kene tempek kat baju. Sekarang khabarnya rakanku itu sudah melanjutkan pelajaran ke MRSM. Whatever pun, manusia kena belajar dari pengalaman, baru boleh hidup tahu? Sekian saja cerita dari saya, assalamualaikum.

Friday, October 29, 2010

TUKAR PLAN!!!

I told you i wanna enter pidato rite? Woo... tak de masa nak prepare because exam jadi, masuk sajak *dah agak dah :P* Better dari tak masuk langsung kan? Aku tak harap nak menang cuma suka-suka apa salahnya? Menang ke, kalah ke, apa aku kisah janji dapat buat dah menjadi kepuasan dalam diri. Dan juga sebagai menumpang post ni, aku selitkan sikit information yang dua minggu lepas, Kronologi Nami II: Between Tidal dah born...! Good then, bukan calang-calang orang boleh baca. Cop! Cop! Kronologi Nami ni menatang apa ye? Hmmmm... aku cipta benda ni awal tahun. Nak kata diary, bukan. Nak kata comic pun bukan. Dia macam information tahunan. Sebab apa aku panggil Kronologi? hmm... sebab turutan cerita information tersebut. Dan kenapa Nami? Cuba lihat, kalau nami diterbalikkan mesti jadi Iman. So, that's it. If you see, i hold weird book.. huh! itulah dia. Ia adalah sambungan Kronologi Nami I: The Adventure Begin. Apapun, wish me luck! Bye  =)

PART 2

HELLO...!! LONG TIME NO POST... EXAM, SORRY BECAUSE I FORGOT TO TELL ALL OF YOU... SO, WE CONTINUE WITH PART TWO BUT NOT IN STORY VERSION, THIS TIME BASED ON MY EXPERIENCES *cehh, biasalah... i've got many bad memories* FIRST OF ALL ADALAH PATAH HATI... WELL, KALAU CAKAP PASAL PATAH HATI MUST BECAUSE OF LOVE KAN? KAN? KAN? SO... THIS TIME, I'M GONNA SHARE WITH ALL OF YOU ABOUT THIS BOY. I KNEW HIM WHEN I WAS 9 YEARS OLD.. HAHAHA... STILL YOUNG AND PENDEK GIRL. I LIKED HIM BUT I HATED TO ADMIT BECAUSE I HATED HIM. *macam mana tu? Everything because, he got chance to be monitor. While me? I was a librarian!!! But I STILL WANTED the title. I envied of him, so i hated him.... hahahaha.... but one day, i moved to kedah. So, good bye! Sampai situ jelah. Then, patah hati dan sekaligus makan hati sebab he coupled with my ex- bestfriend. Tulah dia, ntah apa-apa kalau jadi budak umur 9 tahun ni kan? Benda macam ni banyak terjadi in my life. Why me????!!! Entahlah...

NEXT STORY:- cair hati


My sis is so active and dreamy girl. I don't know but i think she's a good narrator. Peristiwa ni happened three years ago zaman nenek moyang  aku main Barbie dulu, my sis torn my book accidentally. Uh oh... takut dia... hahahaha *evil sister* aku cari dia sampai dapat and rasa macam nak lepaskan penumbuk "kecil-kecilan" je.... buku tu dahlah mahal. Aku guna duit sendiri pulak tu tau. Koyak bukan calang-calang. Kalau masuk hospital pun terus inalillah. jadi, sebagai balasannya, i took her favourite Barbie doll and i said, " Oh... you torn my book, so... i will break your barbie into two *macam boleh*... how's that? DEAL???!!!" *evilevilevilevil* My face that time.... jangan cakaplah... memang merah semarah-marah Bawang Merah. Then suddenly, she said, " I give that to you *what????!!!!!!!!!!!!!!*" Wei, bukan barbie calang-calang tu, yang mahal punya, biar betul budak ni? So, cair hati dengan offer dia tak jadilah nak patahkan barbie tu. Sampai sekarang barbie tu masih ada dan tersenyum bila melihat aku *seramnya.... takutlah pulok* okaylah, nak post baru, just wait and see. I'm not going to put my quill yet.

Sunday, October 17, 2010

Sakit hati, iri hati, makan hati, patah hati, cair hati

Heyyaaahooo bloggers *gahhh... cam cowboy je* kali ni, I wanna share story *ini cerita rekaan tuan empunya blog, jadi, sila jangan percaya, nak percaya pun boleh* Tema kali ini adalah _ _ _  _ _  dan HATI. Jadi, the first story adalah mengenai:-

SAKIT HATI -------> (Ahmad - 6 tahun, Datuk- 70 tahun)

Ahmad: Datuk, kenapa datuk asyik batuk-batuk je? Datuk tertelan habuk ke? Ibu kata kalau tercekik, kena minum air.


Datuk: Datuk kan dah tua. Tengoklah kulit dah berkedut, suara pun dah macam orang sakit tekak tak minum setahun.


Ahmad: Takpe, Ahmad tolong ironkan kulit datuk biar jadi smooth semula, okay?


Datuk: Eh... eh!! Jangan! Haishh... budak ni.


Ahmad: Ahmad nak tolong je. Yelah, tengok datuk ni. Dahlah bongkok tiga, kulit berkedut, jari pun dah membengkok.. hishh... kalau nenek kebayan tengok pun dia tak suka.


Datuk: Datuk tahu datuk tak sama macam dulu.


Ahmad: Tulah Ahmad nak tolong, datuk tak mahu. Ish, apalah!


Datuk: (Terdiam kerana sakit hati dengan cucunya)




PENGAJARAN: Pernahkah kita menjaga hati mereka?
 

IRI HATI -------> ( ANA- 15 TAHUN, ANI- 15 TAHUN)

Ana: Wei, aku peliklah... kau kata BF kau tu bukan anak orang kaya tapi time birthday kau je, dia beli macam-macam? Aku pelik betul lah.

Ani: Dia kerja kat Secret Recipe lepas balik sekolah. Dia sanggup berpenatan untuk aku tau... inilah dia buktinya, dekat seguni hadiah aku dapat.

Ana: Bertuah kau, Ani.

Ani: Alhamdulilah... lain kali, jangan memilih BF sangat.

_____________________

Di One Utama...
 
Ani: Happy Birthday, Ana!!! Ini hadiah kau.

Ana: Thanks.

Ani: Your welcome Eh, banyaknya hadiah kau! Dua guni. Amboi, santa claus sungguh BF kau kan?

Ana: Biasalah... Dia sayang kat aku...

Sales girl: Err... miss. You punya visa card kena reject. I baru nak cari you tadi, jumpa jugak... Semuanya RM 578.90

Ani: Hmmm.... kau beli apa Ana? Banyak gilerr.

Ana: Aku... err... tadi...

Ani: Jadi hadiah dua guni ni kau beli untuk diri sendiri?

Ana: Macam tulah nampaknya.

Ani: Hahahahaha.... lawaklah kau ni. Suka buat orang sakit perut.


PENGAJARAN: JANGAN BERBOHONG HANYA KERANA IRI HATI YANG TAK HABIS-HABIS.


Baiklah, bersambung lagi di Part yang ke 2. Itu sahaja kali ini, ambil iktibar sebagai perubahan diri. Byheeeee!!!!

Pidato

Sebuah lagi post aku taip untuk dimasukkan dalam blog yang membosankan ini. Seperti yang (ntah... tak tahu berapa ramai yang tahu) diketahui, aku memang minat pidato. Suatu pagi, di saat aku tengah tercongok-congok kat belakang, mencari sedikit perlindungan dari terkena sinaran ultraviolet matahari menggunakan tangan tetapi sebenarnya untuk memejamkan mata *joke joke*, seorang cikgu membuat pengumuman tentang pertandingan pidato tu. Entah apahal, mataku terus segar bugar. Aku tanya Puan Hasnah (kemungkinan juri pertandingan). 

Aku: Cikgu, saya nak masuk pertandingan pidato boleh?

Cikgu: Boleh. Kamu Form berapa?

Aku: Form 1 Berillium.

Cikgu: Tapi, hari itu kamu exam kan? Takpe... nanti cikgu panggil kamu. Kamu daftar dulu. 
 
Yes, dapat jugak! Tetapi, exam macam mana? Entah... tengoklah mungkin aku boleh himpit-himpitkan masa sikit (apsal lah aku tak ada mesin masa? kalau tak, mudah je hidup) Aku masuk mende nih bukan nak menang *yay!! yay!!* itu bukan tujuan utama. Kalau aku kalah pun, takpe... dah adat pertandingan. Mana ada semua menang? Tak aci doh....  Aku nak cari pengalaman je. Tapi kalau dapat sijil, confirm aku bermati-matian nak menang. Tapi kalau takde *SOB... SOB*, tak menang pun tak kisah. Itu jelah untuk post paling tak best yang korang pernah baca ni, harap-harap aku dapat selitkan sikit masa untuk pidato. Kalau tak dapat, mungkin aku masuk sajak kot *sajak pulok doh....!* Okayah, bye bye bloggers...!